« »
i ii iii iv v vi


lawatan ke pusat kraftangan
Assalamualaikum and 안녕하세요!



nak bagi tau awal-awal, yang lawatan ni sebelum PKP dijalankan. kolej aku ada buat program lawatan ke Pusat Kraftangan di Jalan Conlay yang bertarikh 2 march lalu. kitorang dijemput kesana and program ni under member aku. nak support aku datang and lagi satu, aku wajib pergi as graphic student. lecturer suruh pergi. kalau lecturer aku tak suruh pun, aku nak pergi hahahaha. apa-apa event aku akan rebut peluang tu untuk join. even kena bayar mahal, aku cuba untuk join jugak. keras kepala en? ya aku tahu, aku memang nak something, aku akan usaha walaupun mak aku tak bagi hahah cuma kali ni pergi gua tempurung tu aku tak dapat nak join. dah pergi kan, so bagi peluang kat orang lain pulak lah. bagi diorang merasa panjat-memanjat 😌 




ini lah muka-muka budak msu lc HAHAH lecturer dua orang je dengan sir azim yang merupakan scd kitorang dekat kolej. (jangan cari aku takkan jumpa punya HAHAA)

waktu ni, memang ada banyak gerai kraftangan jual barang-barang buatan diorang dari setiap negeri masing-masing. aku hanya mampu beli gelang tangan je sebab kalau bawak banyak duit karang habis aku beli macam-macam. beg rotan yang paling menarik minat aku tapi tak apa lah. dekat rumah banyak dah beg hehe.



ni lepas dah masuk dalam. kitorang explore sendiri-sendiri. ni lepakingz member! 💪💖 pandai-pandai lah cari yang mana aku.




ni bergambar dekat tingkat atas. ada permainan tradisional macam batu seremban, game ular dengan congkak boleh korang main kat atas ni. yang kitorang bergambar ni sebab semua game diorang dah rembat.




selesai explore museum, kitorang dibawa ke tempat yang kitorang boleh dapat experience mencanting batik dan buat ceramik. of course, kena bayar kalau nak buat. satu aktiviti tu RM20. macam dalam dekat atas ni, kitorang buat untuk fridge magnet. kena bayar RM5 je untuk dapatkan magnet ni.  mula-mula kena tekap kat atas foil tu. nanti kena bagi brother-brother yang jaga booth tu kena spray. and then kita kena guna sponge kasar untuk lap atau lebih kurangkan hitam-hitam tu. lepastu dia akan spray guna air kot rasanya and diorang akan lekatkan magnet dekat belakang lepas semua step dah siap.



tiba masanya untuk balik! sampai kolej lebih kurang dalam pukul 1 macam tu. aku rasa penat sikit sebab penat semalam tak habis lagi. aku kan baru pindah rumah. minggu ni pun tak siap lagi angkut barang-barang. papepun, chill.

dah sampai kolej, aku lepak-lepak sebab tak ada kelas petang. kelas aku hari isnin tu pagi je. yang lain ada kelas. so aku tengoklah youtube ke naruto ke sambil tunggu diorang.

petang sikit, kitorang ada practice menari untuk event food & fest untuk hari rabu minggu tu jugak! fuhh! penat tu memang penat tapi berbaloi sebab dapat cipta memori lagi HAHA banyaklah kau!

anyway, thanks kerana sudi membaca dari blog yang tak seberapa ni. ciao!

Labels:

March 29, 2020







Intro


おはようございます!
Zakiah Akma, 24. Introvert but quite adventurous. I seldom write in here.
Writes in malay and english.
Blogging since 2012.



archive



chatting




hashtag


credit


originally by ayuni. edited by ziczaq