« »
i ii iii iv v vi


orientation day two with them
Assalamualaikum and 안녕하세요!


stretching with sakura haruno


sepanjang ketiadaan aku juga, internet telah dipotong. so, bila dah ada balik ni, aku mengambil kesempatan untuk menceritakan apa yang telah berlaku dalam tempoh berikut. 

kolej aku ada buat orientasi untuk student baru. biasanya kalau ada orientasi ni kira student baru pun ramai. dalam hati aku dah gementar. erm. nak kena buat game untuk diorang ni lagi. last-last kitorang pilih nak main game macam haritu kitorang main dengan student sem lepas. 

slot kitorang waktu pagi. tapi serius aku cakap, perkara tak dijangka selalu berlaku. cer teka? 

aku, sya dengan vai kena jaga budak-budak ni waktu pagi. nak dijadikan cerita, aku sampai awal. aku mula-mula ingat aku sampai dulu. sekali, bila aku cakap aku dah sampai, sya balas, "kalau tak ajak makan sekali tadi." aku balas lah aku dah makan. dia pulak cakap kejap lagi dia masuk. 

aku pun tunggulah dengan seorang member kolej ni. dia datang pun sebab bosan duduk rumah. HAHAH rajin dia weh. aku pun selalu jugak datang kolej time cuti sem. ni nak intern, aku ambil peluang jugaklah lepak-lepak kat kolej.

sir azim dah start introduction dengan budak-budak tu. waktu tu dah pukul 9 lebih. slot kitorang pukul 9.30 pagi. fuhhh! 

sambil usha-usha budak baru, aku main phone jugaklah. lepastu aku tengok sya dah sampai kat depan bilik yang aku duduk. aku nampak dia aku senyum, sekali aku tengok belakang dia. gulp.

apakah yang aku nampak ni?

dia tak bagitahu pun member dia ikut! weh!! aku tak prepare hati aku lagi HAHAHA. dalam hati aku dah macam, "kenapa dia datang do?!" aku pun chat lah member-member aku yang dia datang harini. diorang pulak excited! AHAHA lawak do. bila sya pergi tandas kejap pun, kitorang bertiga krik krik dalam tu. 

lepas tu, bila vai sampai, kitorang siap-siap pakai blazer. fuh, gementar nak hadap diorang. 

tapi tak boleh blah, aku still gementar nak bercakap depan orang ramai. segan tu still ada lagilah. berpeluh jugaklah tangan aku. lepas dah habis present slide pasal SRC, kitorang start main game kahoot dulu. time main kahoot tu, diorang still diam lagi. and then, dah habis, kitorang main passing drawing pulak. aku punya cadangan tapi bila main tak macam apa yang aku rancang 😅😂 aku rasa diorang ni tak pernah main game macam ni kot.

ni time main kahoot


dah habis main passing drawing, baru nampak diorang berbual-bual sesama diorang. dengan kitorang pun dah okey sikit. aku suruh diorang lukis bunga raya. bapak takde idea do aku ni HHAHAH time tu tengah nervous lagi. aku tak prepare weh. nak lain kali pun, next year aku dah bersara hehe.

kitorang main chinese whisper pulak. aku pulak ambik gambar dengan video je. sya dengan vai yang bagi ayat kat diorang and diorang kena pass-pass ayat tu sampai ke depan. lepastu dari depan ke belakang pulak. berapa round tah kitorang main sebelum tukar ke game telefon rosak. start situ, crush aku masuk bilik orientasi ni. dia duduk dekat belakang mula-mula. dia tolong kitorang jugaklah.

dalam phone dia ada game. so, main game teka lagu pulak. guna phone dialah. aku tak tahu aku nak rasa macam mana tapi happy. itu je yang aku rasa. walaupun sikit krik-krik orientasi kali ni, tapi okeylah. ada dia meriah jugak lah. HAHAH happy lah kau en? cakap dekat diri sendiri kejap.

 dah habis main tu, main bingo pulak. kitorang mintak diorang isi apa makanan fav, hobi apa semua kat dalam satu kertas and then aku dengan vai kena tulis dalam kotak bingo yang kitorang lukis kat whiteboard. sebelum main bingo ni, crush aku duduk belakang, lepastu aku pun duduk jelah dekat komputer tu tapi menghadap diorang. dekat kerusi lecturer tu. sekali, aku nampak dia bangun, berjalan ke depan. and then, pupppp dia duduk sebelah aku, kat komputer tu. 

aku taktahu lah kenapa tapi aku rasa mata aku terbesar. HAHAHA aku pulak time tu pasang lagu kat phone lepastu connect kan dekat speaker. dia pun mintak izin aku nak tukar lagu lain. ada jugaklah dia tanya macam mana nak main bingo ni. aku terangkan kat dia. seriussssssss macam apa. tunggang terbalik ayat aku 😂😂😂 siapa je tak rasa macam tu. tapi kan, aku ada ajak dia tengok wayang. HAHAHA sebab time tu rasa mulut aku nak bercakap. tak suka lah suasana kekok. 

kitorang bagi masa dekat diorang 3 minit je. tapi sebelum tu vai tanya nk bagi diorang ni masa berapa minit. aku nak cakap 5 minit tapi macam kejap sangat. lepastu aku terlepas cakap, 10 minit. DIA dengan vai macam terkejut sebab lama. HAHAHA baik sangat aku ni. dia kata 3 minit. lagi cepat wehhh satu bingo pun tak lepas lagi kalau camtu. 

last-last, 5 minit kitorang bagi. 

habis main, DIA pun tanya aku lepasni main apa lagi. aku cakaplah, main charades pulak. dia macam pelik. ha? charades? aku pun tunjuk cara main dia guna tangan aku. HAHAH aduh zakiah zakiah 😂😂

aku tak nak cerita panjang apa yang berlaku sepanjang main charades tu, sebab ada benda memalukan jadi kat aku. apa-apa pun, banyak jugaklah game kitorang main. dari pukul 9 lebih sampai pukul 12. sedar tak sedar lama tu kitorang main. 

and then, bergambar dengan diorang.




tak ramai sangat berbanding sem lepas. tapi diorang okey lah. keesokannya pulak, kitorang bersukan. morning booster katanya. serius malu weh. first time jadi instructor kat depan. nasib badan aku lembut cehhhhh. 

well, best of luck to them yang bakal menghadap senior-senior diorang yang gila-gila ni. aku bet diorang takkan menyesal masuk dalam keluarga MSULC 🙈 ada time yang diorang perlu kuatkan semangat dan jangan give up dalam apa yang diorang kena lakukan. akan ada fight dengan member, but aku harap korang dah siap sedia mental. aku pernah hadap itu yang aku mintak korang be prepare. 

chiaww. salam.

September 09, 2019







Intro


おはようございます!
Zakiah Akma, 24. Introvert but quite adventurous. I seldom write in here.
Writes in malay and english.
Blogging since 2012.



archive



chatting




hashtag


credit


originally by ayuni. edited by ziczaq