« »
i ii iii iv v vi


reminiscing
Assalamualaikum and 안녕하세요!

tiba-tiba rasa teringat kenangan sekolah dulu. waktu form 5 paling segar lagi lah lagi-lagi masa SPM. entah kenapa rasa masa tu, paling rilek aku pernah rasa. daripada exam-exam biasa sebelum ni aku gigih baca semua benda last minute. actually, masa rehat sebelum start paper SPM tu pun aku kelam-kabut jugak, tapi tak macam sebelum-sebelum ni lah.

ada satu masa tu, aku dengan seorang member ni sempat lagi duk gelak-gelak sebelum paper perdagangan. classmates aku yang lain siap khusyuk baca buku, dok hafal insurans apa semua. aku tak nak macam tu sebab nanti aku gelabah masa jawab paper.

apa-apa pun, banyak lagi pengalaman yang aku dapat rasai sepanjang masa tu. rasa happy dia lain macam HAHAHA.



ini masa lepas selesai paper perdagangan which was our last paper for SPM! tengok muka semua berseri-seri lepas habis paper hahahahah. especially aku, yang kelihatan ganjil disitu. (classmate lelaki yang tangkap gambar ni tu yang aku macam erm haha.)




ini waktu kitorang punya club ada pergi perpustakaan sambil buat kerja amal.club SPBT collab dengan pengawas pusat sumber. (aku pun confius nak ambil part untuk SPBT atau pengawas mula-mula. pastu aku decided untuk take part sebagai ajk SPBT). kitorang tolong-tolong apa yang patut dekat situ termasuklah agihkan buku-buku yang dah rosak atau tampal balik page yang masih boleh baca. best gila! lepas lunch, kitorang pergi i-City! untuk having fun dekat 3D museum sebelum balik sekolah semula. sampai sekolah je, geng aku lepak SPBT, apa lagi! uztazah tak marah pun bluekk hahahaa rindunya! 💕




ini time dah habis sesi pagi! aku, nai dengan liyana lepak-lepak kat pondok. inilah port kitorang selalu kalau nak usha crush masing-masing eheks! and of course, selalu beli ice blended lepas balik sekolah untuk isi perut. selalunya yang suka lepak sampai petang, aku dengan liyana je sebab kitorang berdua suka isi masa dengan berbual kat sekolah daripada duduk rumah tak ada orang. and, selalunya, aku dengan liyana suka datang waktu petang sebab kitorang nak main volleyball dengan budak-budak petang. hari isnin atau khamis biasanya club volleyball ada training, so kena wajib datang! aku onz je bab volleyball ni! tapi aku tak adalah pro sangat macam liyana. kira aku boleh main jugaklah camtu. (hampir dapat wakil sekolah tapi aku tak nak and senior pun tak pilih aku, so buat apa.)



ini pulak masa kitorang, kelas 5 Akaun 3 dengan 5 Ekonomi pergi Gua Anak Tempurung dengan Lost World of Tambun dekat Ipoh, Perak. Alhamdulillah, memang best! Adventure gituuuhh! First day, kitorang semua mandi-manda dulu dekat LWOT. Keesokkannya, baru pergi gua. Homestay kitorang en sumpah ngeri tapi alhamdulillah semua survive hahahah! (ada satu kejadian tu aku takleh lupa eheks!)




muka-muka classmates aku dari form 4! (ada je dari form 3 tapi tak ramai.) aku rasa macam tersesat masuk kelas ni tapi alhamdulillah semua baik-baik! (pelik-pelik pun ada HAHAH) tak ada seorang je, tak lengkap kelas kitorang. aku pulak, macam wujud tak wujud je dalam kelas ni sebab aku suka diam je. jawab bila cikgu tanya tu je. malas nak bersuara. 

i guess that's all for today. stop reminiscing for awhile. 
i learned a lot from those moments. i can never forget them and all the memories we made together. 
bila lah nak buat reunion ni guys? 


Labels:

February 10, 2020







Intro


おはようございます!
Zakiah Akma, 24. Introvert but quite adventurous. I seldom write in here.
Writes in malay and english.
Blogging since 2012.



archive



chatting




hashtag


credit


originally by ayuni. edited by ziczaq