« »
i ii iii iv v vi


food and fest!
Assalamualaikum and 안녕하세요!

                                                                                                                                                                 
sekadar hiasan hehe


macam yang korang baca pada title post ni, food and fest diadakan di kolej aku sebelum PKP dijalankan. event ni berlaku pada 4 march iaitu hari rabu. event ni memang wajib untuk semua student and kitorang pun kena pakai baju club masing-masing even booth makanan pun kena kreatif sebab dapat hadiah. event ni under pengerusi club adventure iaitu amirah dan juga scd. (event ni dirancang sebelum aku habis intern, so yang aku tak tahu tu buat tak tahu jelah eh)

event ni memang meriah! sampaikan dah habis makan-makan, aku jadi gila kejap sebab lagu blackpink terpasang. aku tengah menari-nari sambil makan. bukannya menari betul-betul, imagine je lah sambil tengah makan tu goyang kiri kanan pastu let's kill this loveeee! sampai lecturer aku ternampak aku tengah macam tu. aku sengih-sengih jelah. bukannya selalu nak nampak aku menggila. kebiasaannya aku akan jaga tingkah laku tapi haritu je aku nak menggila, so let me be.


bersama member club adventure & arts and cultural 💓 ni lepas dah habis menari kat atas pentas. fuhh, segan mak! 


kalau korang nampak, ada banyak makanan atas meja tuuuuuu. biar aku listkan club apa bawak apa :
  1. SRC : cocktail
  2. Adventure club : lasagna, spaghetti aglio olio, sirap
  3. Arts & Cultural club : mushroom soup and bread
  4. Indeso club : tak sure diorang bawak apa
  5. SCAS club : oreo and cheesekut
  6. Entrepreneur club : pizzaaa




sempatlah bergambar time tengah ada masa lagi. yang lain sibuk dok karok sana. kitorang apa laeiiii



dengan amirah cute! konon nak bergambar macam pemain bola sepak HAHAA


ada lah jugak makanan lebih tapi sir suruh bagi dekat akak dengan abang yang rajin membersihkan kawasan kolej kitorang. haritu, kitorang balik nak dekat pukul 8 jugaklah hahaha. sampai rumah pukul berapa ek? sendiri tak ingat. yelah event ni je dua ke tiga minggu lepas. papepun, alhamdulillah selamat sampai rumah. 

korang macam mana dekat rumah tu? masih sibuk cari makanan ke dalam peti sejuk tu? ke tengah buat dalgona coffee? 😙😝


Labels: ,

March 31, 2020







Intro


おはようございます!
Introvert but quite adventurous.
I seldom write in here.
Writes in malay and english.
Blogging since 2012.



archive



chatting




hashtag


credit


originally by ayuni. edited by ziczaq