»
i ii iii iv v vi


cerita seram part dua
Assalamualaikum and 안녕하세요!


salam sayang buat readers saya ;] 
seperti yang kita tahu, sudah satu hari kita berpuasa. so, memandangkan setan telah diikat (ehe), aku nak sambung bercerita mengenai kisah seram yang telah aku alami beberapa tahun lepas. agak malas sebenarnya (takut) nak rewind balik memori. puncanya sebab ada beberapa scene yang aku lupa.



balik kepada cerita, aku akan start dengan kisah pintu bilik air kena goncang. actually, bilik air dekat rumah lama dulu macam dekat bawah ni :



kisah ni berlaku waktu aku darjah enam. tahun 2011. biasalah, sebelum nak UPSR, ada yang masuk tuisyen dan kelas malam dekat sekolah. aku tak nak masuk tuisyen sebab bayar mahal and aku rasa result aku tak naik pun (haha). jadi, aku masuk kelas malam dekat sekolah. bayar rm50 je kot rasanya. yang best, bila sampai sekolah, nampak lah semua student pakai baju biasa, cikgu pulak buka bonet kereta jual dadih. fuhh~ rindu! setiap kali ada kelas malam, mesti beli sebab lapar weh. cikgu pun bukannya strict sangat pun waktu kelas malam so boleh makan makan dengan main phone sekejap.

sebelum nak pergi kelas malam tu, aku duduk dekat ruang tamu kejap. kita dah sambung balik pada cerita ya. okey. lepastu, mak aku dengan adik aku dalam bilik, tengah berbincang pasal apa pun aku tak tahu. mana lah nak kisah sebab kita kisahkan waktu kelas tu ha. pukul 8.30 dah start kelas. 

aku pun tak ada apa nak buat, nak pergi dapur, minum air. sekali, punya terkejut aku pintu bilik air tu tiba-tiba bergoyang. goyang dia serius macam ada orang dalam bilik air. pintu bilik air pulak masa tu tak tutup rapat. dia lopong besar sikit dari dalam gambar atas ni.


aku berdiri dekat depan pintu bilik air tu dalam 10 saat. kaki aku pulak lama-lama kebelakang balik, ke ruang tamu. serius aku dapat rasa jantung aku berdegup laju. terus batal niat nak minum air. aku duduk atas sofa balik and cuba lupa apa yang dah jadi tadi. tak nak ingat.

dekat sekolah lagi lah tapi alhamdulillah tak pernah nampak lagi lah. ada sesekali dalam kelas, pintu belakang memang bukak. aku ni jenis suka duduk belakang and hampir dengan pintu. aku suka dok tengok-tengok belakang, luar pintu tu. sebab kelas malam aku kat bawah. seberang kelas ada tandas perempuan dengan surau dekat tepi. memang suram je suasananya.

cikgu pun kadang-kadang suruh tutup pintu belakang. maybe cikgu tak nak perasan kot ada benda-benda lalu ke atau dok tengok kitorang semua dari jauh 👻

aku rasa setakat ni dulu aku bercerita. nak siap-siap untuk berbuka.
selamat berbuka puasa semua! 😄 nanti kita sambung part 3 ;]


Labels:

April 03, 2022






cerita seram part satu

salam malam.

hari ni sudah bertanggal 19 februari 2022. rugi pulak rasanya tak update masa tahun baru haritu, hehe. so! harini, aku nak update tentang kisah seram berdasarkan pengalaman aku sendiri. ada tiga kisah seram so aku akan ceritakan satu satu lah eh supaya korang tak confuse ke apa.

kisah pertama yang aku nak ceritakan adalah kisah dimana aku ternampak bayangan atas katil. 



actually, masa aku darjah dua, kitorang sekeluarga baru berpindah sebuah rumah flat. masa tu pun rumah tu memang dah lama kena tinggal tak silap dalam bebelas tahun lah. so, keluarga aku ni berpindah atas reason yang memang korang pun susah nak percaya. adik aku ni selalu kena ganggu waktu dia tidur. aku dengan mak aku pun risaulah. sooo, parents aku decide untuk pindah dari rumah teres ke rumah flat tu. 

dah berapa bulan macam tu, aku dengan adik aku start tidur atas katil double decker kat rumah baru. kitorang sebilik sebab rumah tu pun ada dua bilik je. takpelah waktu tu kecik lagi kan. so, aku ni jenis suka nak duduk tempat tinggi-tinggi, jadi aku pilih katil atas. tapi, sejak beberapa hari aku tidur dekat atas, aku macam tak sedap hati je. hati aku selalu macam berat nak tidur atas.


satu hari tu, aku nak tidur bawah, sekali dengan adik aku dengan mak aku. mak aku tidur sekejap je pastu nanti bila abah aku balik, mak aku bangun. nak dijadikan cerita, aku tetiba tidur seorang kat dalam bilik. kau rasa?

malam tu aku tidur awal sebab penat. adik aku dengan mak aku tengok tv lagi waktu tu tapi dalam bilik. ewah, ada tv dalam bilik. rumah lama dulu memang letak jugak sebab aku suka tengok drama cina, HAHAH walaupun tak paham tengok jelah.

bila aku sedar, memang tepat aku tengok arah jam. masa tu tak rabun kuat lagi so aku nampak jarum jam tu angka pukul 2 pagi. tepat. lepastu, aku pun tengok sebelah kanan aku. aku tidur paling tepi sebelah kiri and dekat dengan tangga. 

tak ada sesiapa.

selimut dengan bantal je ada kat sebelah kanan.

ini yang paling mendebarkan. aku tak tahu apa-apa tahu jadi aku pandang depan.

nak dijadikan cerita lagi, depan aku terletaknya cermin panjang. cermin tu kira-kira panjang dia boleh nampak sampai lutut aku je. waktu tulah. aku kan kenit lagi.

JADI....

korang tau tak apa yang aku nampak?

betul-betul atas aku, kiranya atas katil tu lah kan, aku nampak bayangan macam orang tengah duduk, tapi dia duduk atas kaki means lipat kaki. dalam bahasa jepun, kita panggil "seiza". aku nampak bayangan tu jelas sampai ke hari ni. maybe dia nampak jelas dalam ingatan aku sebab masa tu jugak lampu tidur aku switch on.

aku tertelan liur kot time tu, pastu masa aku pun membesar. bayangan tu kan macam tengah tengok aku tidur korang tau tak? siapa je tak seram. kalau orang, dah lama aku tegur.

sambil mata aku tak lepas pandang bayangan tu, aku cuba capai apa-apa yang aku boleh capai untuk tutup muka aku. nak menjerit pun aku tak larat weh. lagi satu, kalau aku jerit pun, aku takut sesuatu akan terjadi. dah lah aku sorang je dalam bilik. 

eiii ya Allah. aku rasa tu first experience aku lah. minta maaflah, aku tak nak experience lagi. 

masa awal-awal pindah macam okey. sekali ambik kau.

next story, aku akan cerita masa aku darjah enam pulak. rumah yang sama.

bye, nak sambung layan koikimo 😎





Labels:

February 19, 2022






review: gorgeous by paul rudnick
Assalamualaikum and 안녕하세요!



Inner beauty wants out.

When eighteen-year-old Becky Randle’s mother dies, she’s summoned from her Missouri trailer park to meet Tom Kelly, the world’s top designer. He makes her an impossible offer: He’ll create three dresses to transform Becky from a nothing special girl into the most beautiful woman who ever lived.

Becky thinks Tom is a lunatic, or that he’s producing a hidden camera show called World’s Most Gullible Poor People. But she accepts, and she’s remade as Rebecca. When Becky looks in the mirror, she sees herself – an awkward mess of split ends and cankles. But when anyone else looks at Becky, they see pure five-alarm hotness.

Soon Rebecca is on the cover of Vogue, the new Hollywood darling, and dating celebrities. Then Becky meets Prince Gregory, heir to the British throne, and everything starts to crumble. Because Rebecca aside, Becky loves him. But to love her back, Gregory would have to look past the blinding Rebecca to see the real girl inside. And Becky knows there’s not enough magic in the world.

A screamingly defiant, hugely naughty, and impossibly fun free fall past the cat walks, the red carpets, and even the halls of Buckingham Palace, Gorgeous does the impossible: It makes you see yourself clearly for the first time.


REVIEW

okey, first thing first aku rasa teruja nak baca buku ni sebabkan ia ada menceritakan tentang fashion dan juga transformation untuk watak protagonist ni. lepas dalam 100 pages aku baca, aku tertarik gila nak tahu apa lagi jadi. okey, spoiler ahead. 

dalam buku ni ada seorang watak nama Jate Mallow, aku dah terbayang dia ni handsome apa semua mengikut apa yang penulis ni describe lah tentang wajah Jate Mallow ni, sekali lepas Becky dengan Jate ni jumpa (for the first time eh) dia cakap dia gay dekat Becky. aku pun macam, the hell? kau baru jumpa tapi dah cakap pasal diri dia gay? and Becky ni dia admire Jate dari kecil sebab Jate ni pelakon terkenal and biasalah lakonan dia pun luar biasa. 

and watak Becky ni memang totally out of question. kan ada mention Rebecca and Becky. dua nama ni adalah orang yang sama. but, personality and apa yang orang lain nampak pada dia berbeza. aku tak nak spoil kan cerita but it's kinda interesting waktu mula-mula aku kenal protagonist ni.

if you ask me watak mana aku paling minat, aku akan cakap Tom Kelly. Tom Kelly ni rupanya ayah kepada Becky. macam mana dia boleh jadi ayah kepada Becky? mak Becky ni rupanya seorang model kepada Tom juga. Tom dan mak Becky ni saling mencintai walaupun ada jarak lah antara umur diorang. but Tom ni tak adalah tua sangat. dalam buku ni ada cerita waktu Tom jumpa mak dia, mak dia dalam teenage age macam tu. yang Tom ni umur dalam dua puluhan aku rasa. bila Becky jumpa Tom, umur dia dalam tiga puluhan.

overall, aku suka cerita ni. unique and fantasy. and banyak humor. serius. tak rugi beli buku ni time ada stock clearance dekat aeon big. dah lama aku beli buku ni pun. beli 2018 baru baca tahun ni. heh.

aku pun tak sure aku bagi review ke aku ceritakan kisah buku ni. heheeeee

sekian, itu sahaja dari aku hari ni. hari lain, aku akan review satu lagi buku. ciao mi amore. assalamualaikum!


Labels:

August 17, 2021






starting to learn japanese
Assalamualaikum and 안녕하세요!


actually this post was from 5 months ago and i decided to post it today HAHAHAH silly of me. Hai semua! Kabare? Genki desuka? (Khabar baik?) aku pula sihat alhamdulillah. setelah lama menyepikan diri, aku kembali muncul dalam blog ini. 

keadaan aku sekarang, hurm, masih mencari pekerjaan tapi aku masih open untuk commission / tempahan untuk poster/banner atau bahan-bahan lain yang diperlukan untuk marketing. aku juga sedang cuba mengumpul pengalaman melalui freelance job ni. bukan mudah ya.

selain tu, aku juga start buat business dropship. itu pun macam gerak tak gerak aje. aku pun tak tahu kenapa dah hilang minat. tapi, aku cuba juga untuk teruskan sebab mana tahu rezeki kita dekat situ. 

anyway, tajuk harini aku nak cerita yang aku sedang belajar bahasa jepun! 💘 aku ni pelik benor, minat korea tapi nak belajar language jepun dulu HAHAHA lagi satu aku nak belajar language ni dulu sebab minat aku kepada anime dan j-pop telah kembali. there's more reason than that actually and one of them is their language is kinda cute 👶 aku pun dah beli banyak bahan bacaan di shopee dan download macam-macam apps untuk belajar jepun ni SENDIRI. mula-mula macam tak ada keyakinan. tengoklah, nak post ni pun makan masa. bulan 10 tahun lepas dah start belajar hiragana tapi berhenti sekerat jalan.

bulan 1 tahun ni start betul-betul. dah tak ada kerja ni, kita belajarlah something sebagai skill tambahan untuk kerja nanti ye dok? 

sekarang ni, aku bingung macam mana nak hafal kanji? 😂😂😂 it's more than 2,000 kanji words! how possible it is to memorize that? by the way, kalau ada yang dah hafal separuh ataupun semua kanji words please comment. i want to know how you guys actually do that 😂


(tak boleh berhenti ketawa)


next post aku akan tunjuk apps apa yang aku guna untuk belajar jepun. 


ja, matta ne! 
ilal liqa'.


Labels:

May 06, 2021






my last src orientation
Assalamualaikum and 안녕하세요!

with src candidate next sem ❤

semalam ada orientasi and aku macam biasa, kena jaga. untuk yang terakhir, kali ni orientasi terus sekali dengan evening booster pfft okay patutnya morning tapi pagi kitorang indoor. main game kahoot dan broken telephone je. 



ni gambar sebelum kitorang main game. budak baru ada lima orang je tapi kitorang yang src ni ada sebelas orang. sampaikan kitorang pun kena join main game jugak tapi macam kita yang over. budak-budak baru still kekok lagi.

after indoor game, kitorang habis dalam pukul 12 lebih untuk bagi rehat and pergi lunch. dah siap tukar baju, baru pergi makan. dalam pukul 2.30 petang, kitorang gerak pergi tasik perdana. dekat je dengan  kolej tu yang kitorang kena berkumpul and jalan kaki sekali.

ini lepas dah sampai sana (tengah bincang)

outdoor game, kitorang main bola beracun dulu lepas tu baru main foot and hands. game yang first tu, if bola tu berhenti dekat tangan si pemegang, dia kena jawab soalan yang diberi oleh mc. game yang kedua pulak, kena jawab soalan, baru boleh pijak atas gambar foot/hand. aku bab-bab spelling boleh jawab lagi tapi kalau general knowledge, kurang sikit.

tetiba lori nak lalu time main game tu 😂 so lepas tu, dah habis. team aku kalah. tapi team menang if diorang nak menang ada syarat iaitu diorang kena menari lagu baby shark 😂 

kelakar betul. moment semalam tak boleh lupa HAHAHAH lagi-lagi bila ada yang buat kelakar. 

bagi aku orientasi kali ni adalah terakhir untuk aku bagi diploma. jika aku berkesempatan untuk menyandang jawatan src lagi, hmm insha Allah aku akan lebih baik lagi. presentation semalam bagi aku kurang memuaskan sebab aku gagap and apa yang aku cakap keluar jadi merapu. nervous gila sebab semua pandang kau. 

aku kena practice lagi. 

lepastu, ini kira orientasi yang paling best and kelakar. semua sporting. macam kitorang je melebih-lebih daripada budak baru. diorang tak tengok lagi, ada yang lagi over. tunggu jelah minggu depan bila kelas dah mula. apa-apa pun, thank you for the memories. walaupun sem depan adalah sem terakhir aku, aku harap aku dapat buat yang terbaik selagi aku belum graduate. insha Allah 💖

salam. 

Labels:

July 04, 2020






june's drama recommendation
Assalamualaikum and 안녕하세요!

SPOILER ALERT!




1. Good Morning Call Season 1 & Season 2 (Our Campus Days)

so, today, aku nak recommend drama yang korang boleh tengok selagi pkpp ni masih berlangsung. bagi aku, yang aku recommend ni memang best sangat ceritanya. kalau korang tengok poster dekat atas ni, cerita dia ada dua season. pastikan tengok dua-dua season tu tau! 

kejap, aku cuma nak bagi warning. kalau korang ni jenis yang suka tengok drama yang lebih kurang macam itazura na kiss, haa drama good morning call ni sesuai! ramai jugalah yang suka tengok drama ni. kalau pendapat aku, (maaflah tak berapa reti nak bagi review) drama ni bagus, cuma aku tak tahan tengok cara cast dia berlakon iaitu watak lead yang dilakonkan haruka fukuhara (nao yoshikawa) dan shunya shiraishi (uehara hisashi). aku rasa agak annoying dengan cara dia asyik kemam bibir bila senyum. aku sampai terikut-ikut tau tak? macam gedik pulak rasanya. lagi satu, dia overacting sangat. bila scene dia terkejut, macam over. tak payahlah ikut comic sangat. ini realiti 👀 overall, dia memainkan peranan sebagai watak utama dengan baik. 

shunya pulak, bagi aku watak dia macam tak aku sangkakan bila aku baca komik. aku ingat dori yang berlakon jadi uehara ataupun second male lead yang berlakon dalam season two tu. sebab aku bayangkan uehara tu jenis yang macam tu. tapi, takpelah, you two did a good job. at least tak berlakon takde emosi langsung macam dalam itazura na kiss versi jepun yang baru tu. yang ni ha aku tunjuk dekat bawah.





drama seterusnya, aku letak description saja and aku memang recommend untuk pergi tengok sekarang! hihi!

2. Skip Beat (Taiwanese)



High school graduate Gong Xi gives up her chances for university in order to support her childhood friend and romantic goal, Bu Po Shang, in his pop idol career. Upon arriving in Taipei, Gong Xi starts working on multiple jobs in order to support Shang, whose popularity quickly rises, eventually becoming one of the top idols in Taiwan. One day, Gong Xi catches Shang flirting with his manager, and learns that he only used her so she can help him with his living expenses. Heart-broken and betrayed, Gong Xi vows to get revenge by becoming a bigger star. Gong Xi auditions for L.M.E., Taiwan's largest talent agency, and joins L.M.E.'s new-found department "Love Me" with Jiang Nanqin, also a new recruit. At L.M.E. famous actor Dun He Lian, disgusted by Gong Xi's reasons for joining the show business, consistently finds ways to annoy and taunt her. As Gong Xi's acting career starts to take off, she begins to discover a new sense of identity and purpose, separate from her initial plans of revenge. Lian also eventually warms up to her, and although at first in denial, he finds himself falling more and more in love with her.

bagi aku, drama ni tak mengecewakan. aku tengok baru dua kali, tapi addicted! mesti korang kenal siapa dua lelaki kat dalam poster tu hihi. donghae dan siwon dari suju! and ivy chen yang memegang watak sebagai gongxi pulak tak jemu mencuit hati aku! 


3. Koi Wa Tsuzuku yo Doko Made Mo (Love Lasts Forever)



Nanase Sakura is a 23-year-old rookie nurse. She met Doctor Kairi Tendo several years ago and fell in love with him. To meet him again, she studied hard and became a nurse. After 5 years, she finally meets Kairi Tendo again, but he has a totally different personality than what she imagined. Kairi Tendo, who is 31-years-old, is commonly referred to as the "Devil" at work. He is a level-headed perfectionist and often makes biting remarks to doctors and nurses. Nanase Sakura works hard to receive recognition from Kairi Tendo and she also expresses her feelings honestly to him. Due to her persistence, Nanase Sakura becomes well known at the hospital and she picks up the nickname of the "Warrior. Chick" Meanwhile, Kairi Tendo becomes attracted to Nanase Sakura.

ehem, actually sebelum aku tengok drama ni, aku baca manga dia dulu 😍 dalam manga dia fuhh banyak scene mencucuk hati aku hahaha tapi better drama. dalam drama ni, bukan romance je weh, kau boleh belajar pasal medic jugak. they were not focusing on the romance, but also the information that we can gain from this drama. belajar perubatan, siapa je tak nak en? and also, ost dia pun aku addicted hehe. ni lagu daripada cerita tu,



okey, setakat ni je aku recommend. nanti kalau ada lagi, tunggu bulan julai! byeee assalamualaikum!




Labels:

June 26, 2020






review : howl's moving castle
Assalamualaikum and 안녕하세요!

omg this scene

Sophie (Emily Mortimer) has an uneventful life at her late father's hat shop, but all that changes when she befriends wizard Howl (Christian Bale), who lives in a magical flying castle. However, the evil Witch of Waste (Lauren Bacall) takes issue with their budding relationship and casts a spell on young Sophie, which ages her prematurely. Now Howl must use all his magical talents to battle the jealous hag and return Sophie to her former youth and beauty.

holla amigos! dah berapa hari tengok blog sambil terfikir apa nak post lepas ni hmm, sampai lah aku terfikir, setiap kali aku tengok anime series atau live action drama aku nak review pandangan aku. jadi, terhasillah entry ni pada harini hehe. 

aku tahu movie ni dah lama and dah ramai pun tengok sebab inikan ghibli studio punya artwork sama macam spirited away. (yang tu favorite gila) hati aku terdetik nak tengok howl's moving castle ni sebab aku tengok satu ig story following aku. dia recommended movie ni sambil tunjuk scene gif kat atas tu. fuh, aku apa lagi laju-laju pergi search movie ni. aku pernah dengar je tapi tak ada rasa excited nak tengok.



kalau korang nak tahu, aku tengok ig story tu pagi tadi. aku terus search and download kat animestack2020. dah download, apa lagi aku tengok dari pukul 11 sampai 2 petang tadi. okey, yang ni aku nak review. 

bagi aku, mula-mula tu bosan sikit. ada lah rasa nak tunda kejap tengok anime ni pastu sampai part dia jumpa howl (male lead), aku teruskan. sampai aku tersenyum sorang-sorang. part romantik tu memang ada lah kalau tak ada hmm. tapi kan, yang female lead, sophie ni muka dia serupa dengan nenek dalam spirited away tu. terkejut aku masa tengok tu👀😂 muka dia scaryyyy. paling aku suka tengok dalam movie ni adalah rumah tu. i mean, howl's castle. aku ni jenis yang suka tengok rumah, tak kira lah rumah dalam anime ke, live action ke, rumah jiran dia ke atau rumah korang ke, eh? 😂

sebenarnya, aku tertanya-tanya jugak lepas habis tengok HMC ni, macam tergantung je? macam something yang aku tak puas nak tengok HAHAHAH kalau korang belum tengok, pi tengok sekarang 😁

at the end, aku rasa berbaloi habiskan data tengok movie ni. banyak anime movie yang bagus-bagus. kena pandai cari jelah. 

sekian, assalamualaikum.


 
cute je calcifer ni 💞


Labels:

June 17, 2020







Intro


おはようございます!
Introvert but quite adventurous.
I seldom write in here.
Writes in malay and english.
Blogging since 2012.


archive



chatting




hashtag


credit


originally by ayuni. edited by ziczaq