»
i ii iii iv v vi


cerita seram part dua
Assalamualaikum and 안녕하세요!


salam sayang buat readers saya ;] 
seperti yang kita tahu, sudah satu hari kita berpuasa. so, memandangkan setan telah diikat (ehe), aku nak sambung bercerita mengenai kisah seram yang telah aku alami beberapa tahun lepas. agak malas sebenarnya (takut) nak rewind balik memori. puncanya sebab ada beberapa scene yang aku lupa.



balik kepada cerita, aku akan start dengan kisah pintu bilik air kena goncang. actually, bilik air dekat rumah lama dulu macam dekat bawah ni :



kisah ni berlaku waktu aku darjah enam. tahun 2011. biasalah, sebelum nak UPSR, ada yang masuk tuisyen dan kelas malam dekat sekolah. aku tak nak masuk tuisyen sebab bayar mahal and aku rasa result aku tak naik pun (haha). jadi, aku masuk kelas malam dekat sekolah. bayar rm50 je kot rasanya. yang best, bila sampai sekolah, nampak lah semua student pakai baju biasa, cikgu pulak buka bonet kereta jual dadih. fuhh~ rindu! setiap kali ada kelas malam, mesti beli sebab lapar weh. cikgu pun bukannya strict sangat pun waktu kelas malam so boleh makan makan dengan main phone sekejap.

sebelum nak pergi kelas malam tu, aku duduk dekat ruang tamu kejap. kita dah sambung balik pada cerita ya. okey. lepastu, mak aku dengan adik aku dalam bilik, tengah berbincang pasal apa pun aku tak tahu. mana lah nak kisah sebab kita kisahkan waktu kelas tu ha. pukul 8.30 dah start kelas. 

aku pun tak ada apa nak buat, nak pergi dapur, minum air. sekali, punya terkejut aku pintu bilik air tu tiba-tiba bergoyang. goyang dia serius macam ada orang dalam bilik air. pintu bilik air pulak masa tu tak tutup rapat. dia lopong besar sikit dari dalam gambar atas ni.


aku berdiri dekat depan pintu bilik air tu dalam 10 saat. kaki aku pulak lama-lama kebelakang balik, ke ruang tamu. serius aku dapat rasa jantung aku berdegup laju. terus batal niat nak minum air. aku duduk atas sofa balik and cuba lupa apa yang dah jadi tadi. tak nak ingat.

dekat sekolah lagi lah tapi alhamdulillah tak pernah nampak lagi lah. ada sesekali dalam kelas, pintu belakang memang bukak. aku ni jenis suka duduk belakang and hampir dengan pintu. aku suka dok tengok-tengok belakang, luar pintu tu. sebab kelas malam aku kat bawah. seberang kelas ada tandas perempuan dengan surau dekat tepi. memang suram je suasananya.

cikgu pun kadang-kadang suruh tutup pintu belakang. maybe cikgu tak nak perasan kot ada benda-benda lalu ke atau dok tengok kitorang semua dari jauh 👻

aku rasa setakat ni dulu aku bercerita. nak siap-siap untuk berbuka.
selamat berbuka puasa semua! 😄 nanti kita sambung part 3 ;]


Labels:

April 03, 2022







Intro


おはようございます!
Zakiah Akma, 24. Introvert but quite adventurous. I seldom write in here.
Writes in malay and english.
Blogging since 2012.



archive



chatting




hashtag


credit


originally by ayuni. edited by ziczaq