« »
i ii iii iv v vi


Langsing ; Mudah & Pantas!


JOM JALAN KAKI!



Assalamualaikum! Sudah lama Zie tak update blog. Ni pun update sbb nak beritahu anda semua cara-2 nk kurus dgn cepat! Zie selalu buat sbb tu tak gemuk-2 sampai sekarang ^3^ /engkau memang kurus sbb keturunan -.-/ hahaha abaikan. Jadi, kalau nak cepat kurus, jom ikut langkah-2 dibawah ini!! Credit to dara.com. 


  • Cari Alternatif
- Tidak mempunyai trek untuk berjalan atau berjoging, jangan dijadikan alasan! Ia bukanlah syarat wajib untuk kamu TIDAK melakukannya. Kamu boleh lakukan di mana-mana sahaja dengan adanya kemahuan. Cari sahaja taman, padang berhampiran atau menarik juga jika ke pusat membeli-belah yang mempunyai banyak tempat menarik untuk kamu singgah. Bukan sahaja kamu dapat 'mencuci mata' , malah tanpa disedari kamu berjaya membakar kalori di samping menyihatkan jantung untuk berjalan! /kalau boleh, jalan lah sampai lenguh kaki tu hehe gurau je/


  • Buat Catatan
- Apa kata mulakan azammu dengan mencatatkan nota iaitu 10 alasan mengapa kamu perlu berjalan kaki? Antaranya mungkin "turunkan lima kilogram dalam masa sebulan" , "memakai baju idaman di majlis makan malam" atau "mahu lebih langsing". Koyakkan setiap alasan, gulungkan dan masukkan di dalam satu kotak atau bekas. Jika kamu berasa malas untuk melakukannya, ambil salah satu gulungan kertas tersebut dan baca. Sedikit sebanyak , ia pasti membangkitkan semangatmu kembali.


  • Dengar Muzik
- Sebelum memulakan aktiviti berjalan kaki, apa kata kamu kumpulkan lagu-2 kegemaran yang kamu gemari? Bermula dari rentak yang laju diikuti dengan yang agak perlahan. Mendengar alunan lagu atau muzik yang merentak laju dipercayai boleh mempengaruhi pergerakan kamu supaya menjadi lebih pantas. Begitu juga disebaliknya. Bukan sahaja membantu rentak langkahmu, malah kamu pasti lebih gembira melakukannya. Namun, usah terlalu bimbang akan mempengaruhi pendengaranmu pula. Bahaya juga jika terdapat perkara yang boleh membahayakan di sekelilingmu seperti kenderaan yang lalu-lalang.


  • Tingkatkan Kelajuan
- Tanpa berlari, kamu cuma perlu tingkatkan kepantasan langkah kamu dari lima ke enam kilometer per jam. Kamu mampu membakar sebanyak 50 peratus kalori lebih banyak dengannya! Ambil masa selama 30 saat berjalan lebih cepat bagi setiap dua minit sehingga kamu mula selesa dan santai. Oh ya, untuk memudahkan kamu, apa kata gunakan jam tangan digital. Jika tiada, telefon pon boleh.


  • Goyang Pinggul
- Bayangkan kamu seorang model dan ingin melakukan catwalk, lenggokkan pinggul kamu ke kiri dan ke kanan. Sebagai permulaan, berjalanlah dengan perlahan, silangkan salah satu kaki ke hadapan menjadikan satu sisi pinggul melenggang ke hadapan dan sisi lain ke belakang. Gerakan begini bukan sahaja menambahkan kepantasan malah mampu membakar lebih banyak kalori dan melangsingkan pinggang kamu.


  • Berjalan Undur
- Kamu boleh lakukannya ketika ke tempat kerja atau tiba-2 berasa letih ketika bekerja. Melangkah pantas ketika menaiki tangga , kemudian tanpa mengubah arah badan, turun perlahan-lahan dengan gerakan MENGUNDUR. Usah gopoh jika kamu bimbang kamu terjatuh. Percayalah, dengan cara ini , ia akan meregangkan betis, paha belakang dan meringankan beban di lutut kamu. 


  • Tegakkan Badan
- Manfaat berjalan bakal kamu peroleh secara maksima jika kamu memastikan badan sentiasa tegak dan tidak membongkok. Kamu boleh cuba bengkokkan tangan kanan di belakang pinggang manakala tangan kiri memaut tangan kanan dengan memegang siku. Gerakan mudah ini menarik bahu kamu ke belakang dan ke bawah. Tahan kira-2 10 saat dan tukar pergerakan ke tangan yang sebelah lagi . Ulang sebanyak dua atau tiga kali ketika berjalan.


Kamu mampu membakar 60 peratus kalori lebih banyak dengan berjalan secara mendaki bukit berbanding di kawasan mendatar. Ia juga bagus untuk kesihatan tulang belakang. Jika tidak berkesempatan berjalan di kawasan bukit, boleh juga gunakan treadmill kamu dengan mencondongkannya sedikit ke atas. Teknik pernafasan yang betul bukan sahaja perlu ketika beryoga.  

Labels:

May 24, 2015







Intro


おはようございます!
Introvert but quite adventurous.
I seldom write in here.
Writes in malay and english.
Blogging since 2012.



archive



chatting




hashtag


credit


originally by ayuni. edited by ziczaq