Jangan Ber-putus asa !
"Saya hanya seorang tetapi saya tetap orang . Saya tidak mampu melakukan segala sesuatu tetapi saya mampu melakukan sesuatu . Walaupun saya tidak mampu melakukan segala perkara , itu tidak menghalang saya daripada melakukan sesetengah perkara yang saya mampu" - Helen Keller ..
Kalimat di atas dikeluarkan oleh Hellen Keller yang tergolong dalam kelompok insan kurang upaya . Hebat bukan ?
Pada masa yang sama , kita sering berjumpa muslimah yang sempurna segala sifat tetapi mudah mengalah .
Baginya semua perkara tidak dapat dilakukan . Sedangkan pada pandangan kawan-kawannya , semua perkara yang dikira mustahil itu mampu dilakukannya .
Sebenarnya hendak seribu daya , tidak mahu seribu dalih . Kehendaklah yang menentukan sama ada tugasan itu mampu dilakukan ataupun tidak . Buang segala tanggapan kita tidak mampu melakukan perkara yang perlu dilakukan . Ini kerana kehendak yang berkobar-kobar sekalipun pasti tenggelam apabila kita mudah berputus asa .
Usah menolak dan mengatakan TIDAK kecuali apabila kita disuruh melakukan perkara yang salah ataupun membahayakan nyawa kita seperti berikut :
- Terbang ke bulan daripada jendela rumah . ( Memang tak logik )
- Lompat dari tingkat tiga bangunan . ( Boleh mati )
- Merompak bank . ( Masuk penjara )
- Hal-hal yang membahayakan .
Para muslimah perlu memenuhi amanah bagi memastikan imej islam kekal baik . Adakah imej islam kekal terpelihara apabila kita mudah berputus asa ? Sebaliknya , kita perlu menjadi individu yang berani menangani cabaran . Walau bagaimanapun , sudah tentu akal menjadi memainkan peranan .
Kehendak yang menentukan sama ada tugasan itu mampu dilakukan
atau tidak .
Sudah tentu dunia bertambah sejuk apabila muslimah yang solehah dan kemas ternyata boleh diharapkan .
Banyak manfaat dapat diperoleh asalkan sahaja kita berani mencuba . Paling tidak kita mendapat pengalaman baru meskipun hasil yang diharapkan tidak kunjung tiba . Itu sudah cukup bagus daripada tidak mencuba langsung .
PETUA :
- Kembangkan fikiran positif iaitu , "Saya MAMPU !"
- Bergaullah dengan mereka yang berfikiran positif dan sentiasa mahu memperbaiki diri sendiri .
- Bagi menambah motivasi , baca buku mengenai cara-cara insan yang hebat mencapai kejayaan .
- Jadikan ayah , ibu dan adik beradik kita sebagai sumber motivasi . Suatu yang cukup baik apabila kita berusaha membahagiakan kedua ibubapa kita .
- Latihan membuatkan kesempurnaan dapat dicapai . Sebenarnya orang yang berani mencuba secara automatik melatih dirinya melakukan banyak perkara .
February 10, 2013