« »
i ii iii iv v vi


Tips : Menghilangkan bau peluh

Ha ! Korang semua nak tips jaga kebersihan diri tak ?? 
Hm ... boleh .. JOM !




PELUH


Dalam konteks bau badan , perkara pertama yang perlu kita berwaspada adalah peluh . Ini kerana bau peluh adalah bau yang memiliki bisa tersembunyi . Adakah orang lain tidak suka berada dekat dengan kita ? Itu mungkin bermakna kita dilanda masalah bau badan . Bukankah lebih baik mereka menjauhkan diri daripada kita daripada pengsan begitu sahaja ?


PETUA

- Tukar tudung sekali sehari 

Jangan enggan menukar tudung disebabkan kita malas mencuci dan menggosoknya . Kita 
perlu bertimbang rasa pada perasaan orang lain . Selain itu , janganlah pula kita menterbalikkan bahagian dalam tudung ke luar ataupun bahagian luar ke dalam semata-mata kerana mahu orang menyangka kita sering menukar tudung .

- Tukar baju

Jangan pakai baju yang sama selama 2 hari berturut-turut . Usah pula memberikan alasan , "Perkara yang penting saya menukar tudung".

Menukar baju bukan hanya dilakukan dengan tujuan supaya orang tidak menghindari kita . Jangan pula kita memakai baju yang sama tetapi hanya menukar tudung . Misalnya , hari ni kita memakai tudung dengan motif bunga .Keesokkan harinya kita memakai tudung corak kotak-kotak . Kita mengharapkan orang lupa yang kita tidak menukar baju . Bukan itu caranya .

Baju perlu ditukar supaya bau peluh tidak disebarkan kepada orang lain . Bagi kain ataupun seluar yang masih bersih , tidak salah ia dipakai selama 2 hari berturut-turut . Tetapi , janganlah pula dipakai sampai seminggu .

- Pakai bahan penghilang bau badan

Kita tidak perlu memakai minyak wangi . Cukuplah dengan bahan penghilang bau badan yang banyak dijual di pasaran . Contohnya , bedak ataupun deodoran . Harganya juga tidak mahal . Deodoran adalah bahan penghilang bau badan yang berkesan . Tetapi , jangan lupa , pakai sesudah mandi .

- Mandi

Ini sebaik-baiknya menjadi petua yang pertama . Mandilah sekurang-kurangnya 2 kali sehari . Jangan pula disebabkan kita memakai deodoran , maka amalan ini diketepikan . Lagipun , mandi baik bagi kulit kita . Bukankah air pelembap semula jadi ? Selain itu , minda juga menjadi segar apabila kita mandi .

- Masih berbau ?

Ada yang berkata dengan meminum segelas air daun sirih yang direbus setiap hari , masalah bau badan dapat dikurangkan .

- Pemakanan 

Hindari makanan ataupun minuman yang menyebabkan bau badan dan berpeluh 
berlebihan . 

- Baju lebih

Apabila kita tergolong dikalangan mereka yang banyak berpeluh ataupun selalu tidur di rumah kawan kerana mahu menyertai kumpulan belajar atau aktiviti persatuan , jangan lupa membawa baju lebih dan segala kelengkapan yang perlu . Elakkan bau badan kita daripada mengganggu orang lain .





February 04, 2013







Intro


おはようございます!
Introvert but quite adventurous.
I seldom write in here.
Writes in malay and english.
Blogging since 2012.



archive



chatting




hashtag


credit


originally by ayuni. edited by ziczaq