Owner's name is Zakiah Akma. Her nickname, Zack. Introvert but have little adventures in her life. Loves book, music and dancing the most. Spend most of her time playing ACNH & genshin (razor's main hehe).
ディテール
Her MBTI is INTP. She's also a writer. Wanna read her works? you can click A or B . Want more? You can search for her on Wattpad; ZICZAQ. She was a graphic student in MSULC KL Sentral. Feel free to check up and further study here!
20 Tips Membuatkan lelaki jatuh cinta pada anda
Assalamualaikum and 안녕하세요
Cara untuk wanita mendapatkan perhatian lelaki atau dengan kata yang
lebih mudah mengorat lelaki ini adalah berbeza berbanding cara lelaki
mendapatkan perhatian daripada wanita kerana lelaki ini kadang-kadang
lambat perasan akan hint yang wanita berikan. Al-maklumlah lelaki kan.
So, anda boleh jadikan 20 tips dibawah ini sebagai salah satu cara anda untuk mengorat si dia ..
#1 Jangan Tunjukkan Keterdesakan Anda Untuk Mendapatkan Si Dia
Macam
yang dinyatakan seperti di atas, lelaki ini memiliki ego yang
sangat-sangat tinggi. Dan mereka akan bertambah ego jika ada wanita yang
cuba untuk menguratnya. Mereka akan berbangga dan merendah-rendahkan
martabat anda dihadapan rakan-rakan beliau.
Lelaki jarang
menghargai sesuatu benda yang mudah didapati. Bagi mereka, semakin sukar
dan susah untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan, semakin kuat
perasaan untuk mereka mendapatkan menjadikan hak milik mereka. Cubalah
jadi seorang yang bersederhana.
#2 Jaga Penampilan Anda
Semua
orang tahu penampilan sangat penting bagi seorang wanita. Melalui
penampilan anda sahaja, lelaki boleh membuat tafsiran tentang perangai
dan tingkah laku anda.
Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas,
mekap dahulu sedikit dan jangan terlalu tebal. Cukup hanya mengenakan
foundation, maskara dan sedikit lipstik. Kemudian pakai cantik-cantik
dan lepas tu jaga adab. Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju
lawa-lawa, sekali terpekik terlolong depan orang ramai. Nanti jatuhlah
saham kan. Nak nampak gojes kenalah nampak cool.
#3 Tunjukkan Sikap Penyayang Terhadap Budak-Budak
Lelaki
lebih mudah tertarik dengan wanita yang mempunyai sifat suka dan sayang
kepada budak-budak. Bagi mereka, wanita yang penyayang kepada
budak-budak sebenarnya adalah seorang bakal menjadi ibu yang baik untuk
anak-anak mereka kelak.
#4 Berikan Si Dia Merasai Masakan Anda
Apa
kata anda ambil sedikit masa memasak dan berikan kepada si dia merasai
air tangan anda. Untuk pengetahuan anda, lelaki lebih suka memakan
masakan si isteri apabila kahwin nanti berbanding makan di luar.
Anda
boleh selidik dengan rakannya tentang makanan kegemarannya. So, dari
situ, anda boleh belajar sesuatu yang baru tentang makanan kegemarannya
dan juga belajar memasak resepi baru. Ataupun anda boleh memberinya
merasa makanan kegemaran anda kepada si dia. Mana tahu taste anda berdua sama kan? So dari situ, anda sudah mendapat 1 point dalam hati si lelaki.
#5 Jangan Terlalu Mengongkong
Anda
bukanlah isteri si dia. Anda masih berkawan dengan si dia. Anda mungkin
akan berasa cemburu apabila melihat si dia keluar dengan perempuan
lain, tapi janganlah anda melarang si dia keluar dengan perempuan lain.
Mungkin mereka keluar atas urusan kerja dan bukan urusan peribadi.
Even
anda dah berkahwin kelak, anda tidak boleh mengongkong si dia. Lelaki
ini cepat rimas sekiranya ada wanita yang cuba mengongkong dan
menghalang setiap perkara yang dia minat dan suka lakukan.
#6 Berikan Lirikan Mata Menawan
Wanita
sememangnya dikurniakan dengan mata yang cantik. Cuma kadang-kadang si
lelaki ini kurang perasan. Cuba tonjolkannya dengan memakai maskara,
pembayang mata dan penggaris mata untuk menonjolkan mata yang cantik.
Dan cuba pandang kematanya setiap kali bercakap. Kata orang, dari mata terus turun ke hati kan.
#7 Jaga Pertuturan Anda Di Hadapan Si Dia
Walaupun
si lelaki ini nampak ganas dan tough di hadapan rakan-rakanya, tetapi
dalam hati mereka ada taman. Lelaki sebenarnya tidak suka wanita yang
bercakap kasar dan mencarut. Bersikaplah lemah-lembut dan
bersopan-santun. Barulah boleh jadi gadis melayu terakhir!
#8 Jadilah Seseorang Yang Boleh Dipercayainya
Lelaki
lebih senang untuk berkongsi setiap masalah dan rahsianya kepada
wanita. Sekiranya si dia menceritakan segala rahsia dan masalah yang
dihadapi, itu bermakna si dia percayakan anda. Dan sebenarnya, amat
susah lelaki ini berkongsi masalah dengan orang lain disebabkan ego
tadi. So, jangan sia-siakan kepercayaan yang si dia berikan kepada
anda.Jadilah seorang pendengar si dia untuk si dia! Lelaki akan berasa
gembira jika segala rahsia yang diceritakan tadi selamat dengan anda.
#9 Berikan Sokongan Terhadap Minatnya
Kadang-kadang
lelaki mempunyai minat yang pelik. Minat keretalah, komputerlah. Apa
yang best sangat pun tak tahu kan. Tapi, janganlah anda cuba menghalang
atau sesekali cuba menentang minatnya. Cubalah sesekali memberikan
sokongan terhadap minat mereka.
#10 Hormati Orang Tua
Tidak
tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di
kalangan wanita muda masa kini. Adab sopan yang dimaksudkan termasuk
salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan
tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh.
Tetapi, biarlah ‘natural’ dan bukan dibuat-buat ye
#11 Berikan Senyuman Menawan
Senyuman
wanita yang manis mudah membuatkan jantung lelaki bergetar. Disebabkan
sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman mereka
sememangnya sangat menawan. Lelaki mudah jatuh hati selepas melihat
senyuman wanita.
Ketika bertentangan mata, cuba anda lemparkan
senyuman yang paling menawan. Mereka akan terpaku dan terkedu seketika.
Hati mereka akan terasa bagaikan dipanah! Tak percaya? Cubalah!
#12 Tunjukkan Kebijaksanaan/Kelebihan Anda
Wanita
yang bijak adalah wanita yang seksi! Kadang-kadang tidak perlu untuk
anda memakai baju yang ketat-ketat sehingga mendedahkan sana-sini atau
belajar tinggi-tinggi sehingga peringkat master. Bagi lelaki, wanita
yang tahu tentang kerja-kerja yang dilakukannya, peka dengan isu semasa,
bijak menyelesaikan masalah dan mempunyai fikiran yang matang adalah
sangat-sangat menggoda.
#13 Goda Si Dia
Gunakan
kelebihan yang ada pada anda. Lelaki sebenarnya amat mudah cair pada
wanita. Gunakan gaya bahasa badan anda dan aset anda- lirikan dan
senyuman menawan anda itu untuk menarik perhatian si dia!
#14 Ajak Si Dia Melakukan Aktiviti Bersama
Pada
masa-masa terluang, cuba ajak si dia minum bersama atau mungkin ke
tempat bekerja bersama. Anda berdua dapat berkenalan dengan lebih rapat
lagi. Mungkin anda dapat tahu sedikit rahsianya secara tak tersengaja.
#15 Hantar Signal Perasaan Anda Pada Lelaki Tersebut
Kadang-kadang
si lelaki ini lambat perasan ataupun malu untuk mendekati wanita.
Mereka pun sama sahaja macam kita; tidak mahu cinta bertepuk sebelah
tangan. Tidak salah sekiranya kita sebagai wanita memberikan sedikit hint ataupun signal bahawa kita juga meminatinya.
Sebenarnya
istilah perigi cari timba sudah tidak boleh dipakai pada zaman
sekarang. Nisbah menunjukkan seorang lelaki bersamaan 4 orang wanita.
So, kalau anda terlambat, anda akan terlepas.
#16 Tunjukkan Sikap ‘Slumber’ dan Rileks
Bersikaplah seperti biasa anda bersama kawan-kawan. Jangan tunjukkan perasaan terlalu syok mahupun control cun dihadapan si dia.
#17 Manja Bukannya Gedik
Lelaki
suka perempuan yang menunjukkan perangai manja dan bersifat
keanak-anakan tapi bukan yang berlebihan. Itu namanya gedik! Euwww sana.
Euww sini. Nak nampak manja tak perlulah sampai nak menangis
hentak-hentak kaki ye. Biasanya perempuan akan nampak manja bila ada
perkataan ‘oloooo’ ataupun ‘alaaa’. Lepas tu buat muka
berkerut korang tu. Tak pun buat pipi kembung. Ala macam yang selalu
anda buat tu. Mesti hancur leburlah hati si lelaki perkasa itu. Nak lagi
syahdu korang cebik bibir korang. Alalala tomeinya ..
#18 Bersifat Lemah-lembut Dan Keperempuanan
Wanita
dijadikan berbeza dengan lelaki dimana lelaki lebih kuat dan kasar. Dan
wanita itu pula diciptakan untuk melengkapkan si lelaki dengan
lemah-lembutnya, keayuannya dan keperempuanannya. Ianya seperti konsep
ying-yang atau api-air yang mana kedua-duanya bersifat berlawanan tapi
memerlukan antara satu sama lain.
#19 Berpegang Pada Agama
Walaupun
menjadi tugas lelaki dalam menjadi pemimpin dan pembimbing dalam
keluarga nanti, wanita juga hendaklah mempersiapkan diri mereka dengan
ilmu agama.
Wanita yang berpegang pada agama akan menjaga
batas-batas dalam setiap perlakuannya. Apabila berkahwin nanti, si
lelaki akan berasa yakin untuk meninggalkan wanitanya dirumah (atas
tuntutan kerja atau lain-lain) kerana mereka tahu pegangan agama akan
menjaga wanita ini.
#20 Jadilah Diri Anda Sendiri
Akhir
sekali, jadilah diri sendiri. Tidak perlu untuk meniru mana-mana artis
mahupun kawan anda disekeliling. Kalau semua orang berperangai sama,
mana nak nampak keistimewaan diri tu kan? Yakinlah dengan diri sendiri.
Contohnya ramai wanita sebenarnya tidak perasan yang dalam diri mereka tu ada sifat blur-blur. Apabila berlelaki cakap mesti anda akan blur. Blur tu lah yang menampakkan anda sweeeeet sangat! Tapi jangan terlebih blur. Jadi, just be yourself ok ?